Monday, December 9, 2013

Melangkah ke Alam Baru

Assalammualaikum...

Sebagai permulaannya saya hanya berbicara melalui blog yg lagi satu.Cuma kali ni saya nak spesifikan nurkilan hati saya. Di sini saya ingin menumpukan kepada perubahan fasa dalam hidup saya...

Sebagai seorang wanita, seperti wanita lain..saya juga ingin mempunyai pasangan hidup dan ia merupakan fitrah setiap manusi. cuma... bagi saya tidak lah secepat ini untuk saya melangkah ke alam baru. Bagi saya.. ia semuanya bagaikan sebuah mimpi yang sangat indah dan drastik dalam hidup. 

Kalau nak ikutkan logik, pendapatan saya yang tak seberapa ditambah pula dengan pendapatan bakal tunang (pada ketika itu) yang baru memasuki alam pekerjaan... memang agak mustahil untuk kami memulakan hidup berdikari dengan berumah tangga.Tapi, Alhamdulillah... atas pemikiran positif keluarga kedua-dua belah pihak dan sahabat handai... kami bertunang juga... 

Huhuhu... tak logik kan...?? 

pada awalnya, kami hanya ingin membuat majlis antara ibubapa kedua belah pihak sahaja...Tapi,disebabkan takut dijadikan buah mulut orang... kami bersetuju dengan pandangan parent kami yang ingin membuat majlis kecil-kecilan....

Dengan wang yang sikit... Alhamdulillah...dapat juga si dia membelikan cincin idaman saya... dengan wang yang sikit juga... akhirnya berjaya kami mengadakan dulang-dulang hantaran...


Kemudian...majlis yang disangka kecil menjadi semakin besar bila tiba hari majlis tersebut...memang tidak dijangka...




Alhamdulillah... Masa dan ketika majlis ni lah banya membuatkan saya terharu.lebih-lebih lagi bila tengok pengorbanan kedua belah pihak.Ibu bapa kami adalah orang yang sangat letih... adik beradik, pak cik mak cik dan saudara mara pihak lelaki sangat membantu...

Pada ketika ini jugalah saya dapat mengenal siapa yang ikhlas berada disisi saya... sahabat-sahabat yang sanggup melupakan penat lelah semlata-mata ingin melihat kebahagiaan saya...huhuhu terharu....

tq semua...

Ok lah... nak tidur...insya-Allah next time saya nak kongsikan rezeki-rezeki yang kami dapat ;dalam tempoh pertunangan kami... Doakan kami ye semua.... :P

No comments:

Post a Comment